soalan 3


Related image




iii. Nyatakan saluran sebenar yang perlu dipatuhi oleh seseorang pelajar jika ingin mengemukakan sesuatu cadangan atau sifat tidak puas hati terhadap pengurusan politeknik .



Politeknik merupakan salah satu institut pengajian tinggi yang tidak lari daripada adanya kekurangan bagi memuaskan hati semua pihak . Kekurangan dalam pengurusan politeknik dari segi pengurusan asrama , perpustakaan , jabatan hal ehwal pelajar (JHEP) dan sebagainya , semestinya akan menimbulkan rasa tidak puas  atau rasa ingin memberi apa-apa cadangan dikalangan  para pelajar .



 Oleh yang demikian, pelajar seharusnya mengemukakan sesuatu cadangan atau rasa tidak puas hati terhadap pengurusan politeknik dengan saluran atau cara yang betul . Jika pelajar mempunyai sebarang masalah atau apa-apa hal berkaitan asrama di politeknik, pelajar boleh membuat aduan mengenai sebarang kerosakkan atau kemudahan yang diberikan dengan cara mengisi borang yang telah disediakan . Selain itu , pelajar juga berhak untuk menyuarakan apa-apa pandangan atau cadangan . Sebagai contoh, menyuarakan pandangan agar pihak asrama politeknik memperketatkan lagi sistem keselamatan supaya tidak berlaku sebarang kecurian dan perkara tidak diingini berlaku dengan menghantar atau serahkan di peti aduan yang disediakan.



Selain itu , mahasiswa dan mahasiswi boleh memberi cadangan atau aduan  tentang perpustakaan. Mahasiswa dan mahasiswi boleh menggunakan perkhidmatan perpustakaan pada jam 8 pagi sehingga 5 petang sahaja, tetapi mahasiswa dan mahasiswi boleh memberi cadangan kepada pihak institusi supaya melanjutkan lagi masa operasi perpustakaan supaya semua mahasiswa dan mahasiswi dapat mencari maklumat di perpustakaan dengan menggunakan email, menghantar surat aduan, serta menghubungi terus ke pejabat.





Pelajar juga boleh berurusan dengan kakitangan JHEP jika terdapat sebarang masalah seperti kehilangan kad matrik, pertukaran politeknik serta hal-hal berkaitan politeknik dengan menghubungi terus ke pejabat hal ehwal pelajar atau menghantar surat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan